Jumaat, 18 November 2022

PUSAT UNDI SMK PEKAN TELIPOK 

Oleh. Norsham Tukirin

Menonton dipusat membuang undi pada pagi ini sememangnya terlalu perit untuk diramal berdasarkan kepada kedudukan suara suara warga pengundi yang ditemui setakat jam 10.30 pagi ini 19 November 2022.

Antara suara warga yang ditemui ialah memerlukan perubahan dari parti PH, WARISAN namun suara untuk calon parti lain terlalu kurang atau mungkin ramai kunci mulut melihat kenderaan berbandera Warisan dan PH berkeliaran dikawasan berhampiran. 

Pusat pengundian SMK Pekan Telipok dibuka seawal jam 7.30 pagi dimana Pengarah Urusan Pengiklanan dan Ketua Pengarang Media Terkini Harian Malaysia telah membuang undi tapat jam 8.30 pagi disekolah tersebut.

Kebanyakan warga Zon Telipok mengundi disekolah tersebut hari ini bagi kawasan Parlimen Sepanggar dengan calon calon BN, PH, WARISAN, KDM dan PEJUANG. 

Apapun situasi dipusat pengundian pagi ini cukup tenang dan terkawal dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Polis DiRaja Malaysia.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan