Ahad, 6 November 2022

CABARAN PARLIMEN BELURAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Sandakan. Rakyat yang mengundi di Parlimen  Beluran perlu bijak memilih calon yang benar benar prihatin semua masaalah setempat dalam jangkamasa panjang. 

Penyandang Kerusi Parlimen Beluran Datuk Sri Dr. Ronald Kiandde yang bertanding dikawasan tersebut sejak sekian lama beralih parti diwakili iaitu Perikatan Nasional sebagai meneruskan legasi perjuangan setelah digugurkan oleh UMNO BN dalam pru ke 15 ini. 

Kru Media Terkini yang cuba menjejaki semua calon dikawasan Beluran gagal berikutan semua watsap mereka tidak berbalas segala yang disampaikan untuk rekod jadual pertemuan.

Kebanyakan calon yang bertanding dalam kerusi Parlimen tidak menjawab pesanan rengkas yang disampaikan pada mereka, malah para pegawai kerja calon juga tidak boleh disampai pesanan melainkan badan sendiri berjumpa dengan mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan