Sabtu, 26 November 2022

LAMAN SESAWANG DAN WATSAP GROUP JANGAN DISALAHGUNA 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Tindakan pihak individu yang menyebarkan ancaman perbelahan  kaum serta perbezaan parti politik perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan agar pihak berkuasa mampu mengambil tindakan menghukum kesalahan mereka. 

Isu penyebaran seumpama sekadar memecahbelahkan seluruh kaum rakyat Malaysia dan tidak memberi sebarang keuntungan terhadap mereka yang menyebarkan, sebaliknya jika dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan serta Polis DiRaja Malaysia ianya mempunyai aktha untuk penyiasatan serta boleh dibicarakan. 

Untuk rekod sebaik sahaja tidak ada parti politik boleh membentuk kerajaan Malaysia baru baru ini pelbagai berita disebarkan bagi mempertikai perpaduan orang Melayu, namun ianya senyap sebaik sahaja BN menyokong Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sehinggalah hari ini majoriti ramai sudah ahli parlimen menyokong kerajaan perpaduan berkenaan. 

Sesiapa juga yang memberi sokongan kerajaan perpaduan boleh terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sebagai keua Kerajaan Perpaduan serta kabenitnya sebaik ianya terbentuk ujar aktivis masyarakat tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan