Khamis, 10 November 2022

MP SEPANGGAR BANYAK KELUARGA DUSUN JIKA DIJEJAKI 

Oleh. Gifkir Aming 

Menggatal. Mantan penyandang Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Ajis Jamman dilaporkan memiliki kerabat keluarga ramai dari adik perempuan nya yang berkhawin etnik Dusun jika beliau berusaha menjejaki dikawasan Menggatal dan Telipok sebelum pru pada 19 November 2022. 

Ini didedahkan beberapa penduduk Kg. Bukit Giling Tuaran terdiri dari rumpun Dusun sebagai mendedahkan langkah meraih sokongan dikalangan etnik Dusun kearah menyokong calon parti Warisan Parlimen Sepanggar pada 19 November 2022. 

Sebaliknya keluarga suami adik perempuan Datuk Ajis Jamman yang dipercayai menjadi penduduk berpuluh tahun dikawasan Menggatal dan Telipok tidak pernah mengetahui hal ini malah pada pru ke 14 lalu sekalipun golongan terlibat tidak pernah Datuk Ajis Jamman kenali ujar penduduk Bukit Giling Tuaran.

Untuk rekod terdapat broker yang cuba berusaha mendapat maklumat ini untuk disampaikan kepada Datuk Ajis Jamman demi meraih perhatian Mantan MP Sepanggar berkenaan dengan meminta nama penuh dan kampung kediaman namun ditepis warga Bukit Giling demi menjaga nama baik keluarga mereka di Menggatal dan Telipok. 

Jika Datuk Ajis Jamman nampu duduk berbincang dengan seluruh keluarga suami adiknya dikawasan Menggatal dan Telipok sebelum 19 November 2022 ini bukan mudah menewaskan undi beliau malah mungkin bertambah jika berjaya dijejaki jelas penduduk Bukit Giling yang ditemui.

Turut ramai keluarga suami adik kepada Datuk Ajis Jamman ialah kawasan Parlimen Tuaran sehingga kesempadan Tuaran dengan Kadamaian namun calon Warisan Parlimen Tuaran juga gagal menjejaki semua keluarga berkenaan demi meraih undi mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan