Jumaat, 18 November 2022

MAJORITI WARGA ASING TIDAK TAKUT COVID 19 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Serangan virus covid 19 yang direkodkan terbaharu 3,304 orang dengan angka kematian 8 orang minggu ini masih tidak menakutkan sebilangan pekerja asing dinegara ini. 

Sebilangan pekerja asing sangat angkuh dengan tidak lagi memakai MASK didalam bangunan sempit berhawa dingin termasuklah bus mini pengangkutan awam berhawa dingin bila ditegur alasan lupa memakainya.  

Sungguhpun kes kematian serangan virus covid 19 dan jangkitan penyakit tersebut masih meningkat diseluruh dunia, namun warga asing disana sini dilaporkan terlalu degil bagai tidak mendengar teguran orang tempatan sehingga sekadar ketawa bila diarah memakai mask dalam berhawa dingin yang sesak tegas rakyat Malaysia. 

Dalam konteks ini warga asing yang berada dalam Malaysia perlu mematuhi pemakaian MASK dikawasan tertutup dan berhawa dingin bagi mengelak penularan jangkitan virus covid 19 kepada setiap orang disekeliling mereka. 

Pemilik pengangkutan awam berhawa dingin juga boleh mengarah penumpang turun dari kenderaan mereka jika terlalu degil dengan tidak memakai mask didalam pengangkutan sempit mereka bagi menjaga nyawa para penumpang lain yang memakai mask dalam kenderaan mereka. 

Jangan disebabkan kedegilan seseorang penumpang tidak memakai MASK semua penumpang didalan kenderaan pengangkutan awam berhawa dingin menjadi korban jangkitan virus covid 19 termasuklah virus terbaharu yang dikesan menular dengan pantas diseluruh dunia masa kini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan