Ahad, 27 November 2022

MELETAK JAWATAN BUKAN SATU PENYELASAIAN 

Oleh. Norsham Tukirin

 Kuala Lumpur. Tekanan pelbagai pihak dalam UMNO untuk meletak jawatan berikutan kekalahan teruk calon calon UMNO BN dalam pru ke 15 bukan satu penyelasaian bernas bagi memperkasa senula kekuatan parti diseluruh lapisan rakyat Malaysia yang mengenali perjuangan lebih enam puluh tahun usia UMNO. 

Sebaliknya seluruh pemimpin dan ahli ahli UMNO disemua peringkat perlu duduk semeja tanpa memilih mana mana kedudukan bagi berbincang mengapa rakyat menolak kepimpinan disetiap bahagian yang kalah dari pru ke 14 dan pru ke 15 diseluruh negara melibatkan Sabah. 

Antara amanat Datuk Seri Haji Ahmad Maslan Setiausaha Agong Umno sebagai mengulas pelbagai suara desakan meletak jawatan pemimpin UMNO berikutan kekalahan terus calon calon yang bertanding pada pru ke 15 baru baru ini. 

Menurut beliau, tidak adil jika semua yang kalah dalam pru ke 15 kita persalahkan malah berapa ramai yang kalah serta jentera parti UMNO yang gagal meraih sokongan rakyat adakah kita mahu hukum mereka semua tanpa diberi peluang berkerja keras semula memulihkan kekuatan UMNO BN jelasnya. 

Datuk Seri Haji Ahmad Maslan optimis jika seluruh pemimpin dan ahli ahli UMNO mampu duduk semeja bagi merungkai segala kemelut kekalahan UMNO dalam dua kali pilihan raya parlimen tidak mustahil parti ini memperolehi rumusan terbaik bagi mengembalikan semula kekuatan nya seperti zaman kegemilangan lampau ujar beliau. 

UMNO tidak boleh menghukum semua yang gagal mendapat sokongan dari segenap rakyat berbilang kaum yang tidak mengundi calon calon yang dipertandingkan oleh parti, sebaliknya kita semua pemimpin dan ahli ahli parti perlu sama sama duduk semeja mencari jalan merungkai apa sebenar yang terjadi sehingga rakyat menolak calon calon kita disetiap Parlimen mahupun Dun diseluruh negara 2 penggal berturut turut jelas Datuk Seri Haji Ahmad Maslan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan