Selasa, 22 November 2022

Oleh. Koijul Hairul

KEMANA BEKALAN AIR PAIP 

Telipok Ria. Penduduk perumahan dekat sini bertanya dimanakah pergi nya semua bekalan air diseluruh kawasan perumahan Telipok Ria bertahun sudah ianya diduduki masih tidak memperolehi air mencukupi kepada seluruh penghuni setiap hari. 

Masaalah penghuni perumahan Telipok Ria dalam daerah Tuaran terpaksa menjimat air berhari hari terutamanya untuk makan minum membasuh dan mandi namun entah sampai bila boleh diperbaiki pihak kerajaan Sabah jelas penduduk setempat. 

Penduduk Telipok Ria kadangkala membeli air dari pihak syarikat syarikat tertentu yang datang menjual air mereka sesekali apabila setiap rumah kehabisan stok simpanan air demi bekalan memasak, mandi dan mencuci kain jelas mereka.

Sehubungan dengan itu semua penduduk perumahan Telipok Ria meminta kerajaan Sabah turun padang melihat kedudukan bekalan air mereka yang membayar bil bulanan namun bekalan air hanya sesekali sahaja mengalir dari saluran paip mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat turun berita mencetak amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan