Jumaat, 18 November 2022

KERTAS UNDI TERUS DISEBAR 

Oleh. Jasly Dollah

Sabah. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengambil tindakan terhadap pengundi yang menyebarkan kertas UNDI YANG SUDAH DIPANGKAH dilaman sesawang dan watsap group agar tidak menjadi ikutan pengundi lain hari ini 19 November 2022 bagi kawasan Parlimen Tuaran.
 
Kejadian tersebut disedari MediaTerkini berikutan ada yang menyebarkan nya menerusi watsap group bagai terlalu yakin calon yang dipangkahnya mampu memenangi kerusi parlimen Tuaran sedangkan masih lagi proses membuang undi semasa kertas undi disebarkan.

Perkara tersebut merupakan kali pertama berlaku dikawasan Tuaran menurut rakan rakan politik dikawasan parlimen Tuaran, tindakan pengundi terlibat mempamerkan kertas undi dilaman sesawang watsap ada lah sikap taksub dengan calon yang diundi mereka. 

Pegawai pilihan raya parlimen Tuaran wajar mengambil tindakan terhadap sikap pengundi seumpama jika terdapat peruntukan yang boleh memberi pengajaran keatas perbuatan mereka jelas orang ramai kawasan Tuaran. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan