Isnin, 7 November 2022

DATUK SERI ISMAIL KEKAL PERDANA MENTERI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Propaganda parti pembangkang dengan pelbagai tohmahan terhadap rakyat sehingga  ramai rakyat terpengaruh dalam Sabah selepas 3 hari berkempen perlu diperjelas oleh seluruh jentera BN dan GRS agar rakyat yakin dan kembali semula kepada sokongan kerajaan.

Mainan sebilangan jentera pembangkang meraih sokongan rakyat adalah isu rasuah, tukar perdana menteri, isu parti Malaya dan banyak lagi isu yang disuarakan oleh rakyat Sabah dalam tinjauan Media Terkini dekat sini. 

Perdana Menteri Malaysia dikekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas BN membentuk kerajaan selesa selepas 19 November 2022, tidak timbul isu penukaran Perdana Menteri selepas diputuskan oleh Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional.

Dalam konteks rungutan rakyat ini Media Terkini cuba menjejaki Kepimpinan BN GRS serta kumpulan PH serta beberapa calon KDM namun sehingga berita ini ditulis golongan calon yang dihubungi gagal memberi jawapan. 

Masa terlalu pantas berlalu pelbagai dakyah politik dilaporkan terus berleluasa menjadi santapan rakyat dalam dan luar bandar namun jawapan tepat belum sampai kepada telinga semua lapisan rakyat malah ramai rakyat masih berdiam diri menanti disaat akhir berkempen ujar mereka. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan