Khamis, 3 November 2022

GPS SARAWAK KETENGAH CALON MUKA BARU 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sarawak. Gabungan Parti Sarawak telah mengetengahkan 14 muka baharu calon Parlimen negeri tersebut pada kali ini dan hanya mengekalkan 17 muka lama bagi menawan kerusi negeri tersebut demi masa depan generasi anak warga Sarawak sepanjang masa. 

Pengagihan kerusi Parlimen Sarawak juga seimbang kepada semua parti kompenen GPS terdiri dari PBB 14 Kerusi, SUPP 7 Kerusi, PRS 6 Kerusi dan Parti Demokratik Progresif  PDP 4 Kerusi bagi mempertahankan 31 Kerusi Parlimen Sarawak.

Kerusi Parlimen Sri Aman dipertahankan oleh penyandang baharu Datuk Doris Sophia Brodie (Gambar) yang disifatkan penduduk setempat sebagai pemimpin yang memahami segala masaalah rakyat jelata ujar mereka.

Kepimpinan GPS memuji perjuangan jujur Barisan Nasional  UMNO yang tidak mengganggu bertanding di Sarawak sebagai rakan politik setia, jauh berbeza dengan parti parti pembangkang dari Semananjung Malaysia yang terus bertanding di Sarawak pada pru ke 15 ini walhal ada hati mahu bergabung dengan GPS selepas pilihan raya.

GPS menganggap pembangkang seumpama membawa keris yang berusaha menikam rakan dari belakang tanpa ada keiklasan penuh kepimpinan parti asli Sarawak yang didokong seluruh warga Sarawak dalam pilihan raya.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan