Khamis, 12 September 2019

SAYA AGENT JUAL LANGSAT KE BRUNEI SINGAPORE
Oleh. Bujie Tukarang
Sepanggar. Sepanjang musim buah buahan bermusim tiap tahun wujud kumpulan yang mempengaruhi masyarakat KDM sebagai pengeksport buah ke Brunei dan Singapore kurang dari seribu kilogram, trend ini berlaku sejak setahun lalu tanpa disedari golongan KDM walaupun kumpulan terlibat sekadar menjual dalam kenderaan tepi jalan seluruh daerah Kota Kinabalu tanpa ada lesen eksport luar negara namun KDM hanya percaya sehingga menurunkan harga buah mereka paling rendah sekali.
Gertak pengeksport tanpa lesen mampu menurunkan harga durian serendah RM2.30 sekilogram manakala Langsat RM0.80 sekilogram sedangkan penjual tepi jalan menyamar pengeksport luar negara menjual durian tepi jalan RM6.00 hingga RM8.00 sekilogram manakala Langsat antara RM3.50 hingga RM4.00 sekilogram tanpa ada KDM bersuara membela etnim mereka sendiri dipermainkan penyamar pengeksport buah buahan tempatan.
Menurut pemerhati anak Sabah,  kebanyakan menyamar pengeksport buah buahan tempatan ke Brunei dan Singapore masih menggunakan dailek lighat bahasa asing dari negara jiran Sabah namun gaya bagaikan pegawai tinggi Malaysia keluar negara,  malah golongan terlibat juga berlaku biadap jika etnik Sabah dari KDM tidak berseguju dengan harga yang mereka letak kan dari kawasan Tamparuli, Telipok, Tuaran,  Telipok, Menggatal, Inanam dan Penampang namun tidak ada pun kargo menghantar buah buahan ke Brunei dan Singapore seperti yang dipolitikkan kepada KDM yang memasarkan buah buahan tempatan dari kawasan perkampungan mereka setiap tahun ujar warga asli Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan