Isnin, 16 September 2019

SARAWAK SABAH CONTOH PERPADUAN KAUM
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sarawak. Perpaduan rakyat Sarawak dan Sabah tidak ada tandingan dengan mana mana negeri di Semenanjung Malaysia yang hanya ada Cina, Melayu, India dan Orang Orang Asli, sebaliknya Sarawak dan Sabah memiliki puluhan etnik suku kaum dan agama namun terus bermaufakat sekampung malah ada juga serumah berlainan agama setelah berkeluarga masing masing mengikut suku kaum dan pegangan agama masing masing dengan cara berlainan tempat memasak jika keluarga terlibat bercampur agama Islam.
Perpaduan dan permaufakatan ini turut disokong oleh Tan Sri Lee Lam Thye sempena sambutan Hari Malaysia kali ke 56 dengan memberi saranan tanah melayu mencontohi Sarawak dan Sabah membentuk perpaduan yang tixak ada tandingan kesefakatan pelbagai etnik sejak sekian lama, tidak hairan lah kali ini Sambutan Hari Malaysia diadakan di Sarawak bagi mencontohi corak perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negeri tersebut seperti saranan kerajaan mereka sejak sekian lama dimana rakyat Sarawak terus bersatu dalam tampuk kepimpinan kerajaan mereka sehingga kehari ini.
Selamat Hari Malaysia Kali Ke 56 buat seluruh Rakyat Malaysia Sarawak dan Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan