VETERAN BEKAS TENTERA BERSUARA
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Sebarang aktiviti pasukan Tentera Malaysia hendaklah menghentikan penggunaan peluru hidup demi mengelak kejadian korban nyawa pada masa akan datang, selain dari itu status baju kalis peluru juga perlu siasatan keutuhan nya menghalang peluru hidup menembusi nya demi keselamatan anggota keselamatan yang memakainya dalam setiap tugasan yang dijalankan walau dimana juga berada didalam mahupun luar negara.
Ini suara bekas bekas pejuang Sabah sebagai menyokong kenyataan Datuk Huan Cheng Guan Veteran ATM merangkap Presiden Parti Cinta Malaysia yang memberi cadangan tragedi korban di kem lok kawi rabu yang mengorbankan Mejar Zahir Armaya ketika demontrasi antara pengganas dan ATM ujar beliau.
Datuk Huan Cheng Guan sedih bersama bekas bekas pejuang dan veteran ATM berhubung tragedi berkenaan dimana penggunaan peluru hidup wajib dibatalkan dalam apa juga latihan mahupun demontrasi pasukan keselamatan akan datang melainkan tembak target dipadang tembak sahaja tanpa melibatkan anggota keselamatan sebagai target ujar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan