Ahad, 15 September 2019

Isu isu terkini
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pakatan Harapan mula bersaing dengan Penyatuan Umno Pas diseluruh Semananjung Malaysia dimana Umno Pas mungkin bakal disokong oleh MCA dan MIC dalam menempuh pilihan raya kali ke 15 akan datang, manakala bagi PH gabungan mereka bersandarkan kepada DAP, AMANAH, PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA, PKR, UPKO (Sabah) WARISAN (Sabah) bagi meraih sokonganrakyat berdaftar sebagai pemilih yang menjalankan pengundian setiap kali pilihan raya kelak.

Sabah. Kisah benar ada individu yang cuba memperalatkan akbar ini untuk meluahkan isi hatinya terhadap pihak tertentu tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan, bila tidak diberi keistimewaan luahan hatinya maka mereka mula melenting dengan pelbagai tohmahan serta ada yang mempersendakan akbar ini mengikut suara hati naluri mereka. Pesan berguna jika anda mahu ikut suka hati meluahkan isi hati naluri anda taip surat rasmi bertanda tangan sendiri hantar kepada yang dikehendaki harap lebih berkesan.

Sarawak. Melihat kepada keupayaan kerajaan negeri bumi kenyalang masa kini pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam parti Gabungan Parti Sarawak tidak nampak rakyat jelata berdaftar sebagai pemilih memiliki pilihan lain menerajui kepimpinan negeri mereka pada pilihan raya ke 15 akan datang.

Indonesia. Presiden Joko Widodo telah mengerahkan semua kementerian negara berkenaan melakukan tindakan pemadaman dan siasatan  terperinci isu api membakar perhutanan negara tersebut yang kini memudaratkan negara jiran ancaman jerebunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan