Sabtu, 28 September 2019

 MAN DAN JPN SABAH PERLU PERJELAS SISTEM PERUNDANGAN?
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Mahkamah Anak Negeri (MAN) dan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah perlu menjelaskan sistem perundangan memohon Surat Beranak dan Kad Pengenalan Anak Negeri Sabah yang mana dilaporkan berbeza dengan perundangan Tanah Melayu sejak pembentukan MA 63 lagi, masaalah yang sering berlaku di Sabah adalah daftar lewat, permohonan kelahiran yang bukan bukan berdaftar dihospital kerajaan, tidak memiliki sokongan Ketua Kampung yang sah dan Pengesahan Mahkamah Anak Negeri menyebabkan banyak kekangan bagi mendapat Kad Pengenalan bagi negeri Sabah.
Menurut sumber maklumat Ketua Ketua Kampung yang memegang sijil perlantikan sah di Sabah ketika menghubungi kru media di Borneo tidak ada isu bagi mendapat Kad Pengebalan bagi anak anak negeri Sabah yang asal jika mereka memiliki kampung asal, lahir dihospital kerajaan mahupun perbidanan yang dilantik oleh kerajaan namun jika disebaliknya memang terlalu sukar bagi mendapat Kad Pengenalan di Negeri Sabah yang memiliki perundangan Mahkamah Anak Negeri sama juga dengan negeri Sarawak ujar mereka.
Apapun pendedahan ini adalah sekadar menang menang kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri agar sama sama memperjelas masaalah yang berlaku kesukaran mendapat Kad Pengenalan Sabah yang menggunakan Kod 12 masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan