Rabu, 18 September 2019

Oleh. Bujie Tukarang
ADA BIJAK BERCAKAP TAPI LUPA MEMBELA RAKYAT
Sabah. Bercakap politik kosong nombor satu bagai pemidatu dipentas parti politik tiada tolak bandingnya namun bila
rakyat tagih pembangunan kemudahan kampung seperti jalan raya, paip air, rumah pprt dan sebagainya pemimpin terlibat melenting, "sudah bah semua lapor tu kamu tunggu jangan bising", bagai hilang suara mereka dituntut orang kampung hampir setiap hari konon nya kerajaan tidak ada wang mahu memperbaiki prasarana seperti yang diminta orang orang kampung.
Ini didedahkan oleh warga kampung etnik anak asli Sabah bagi mempamerkan hujah hujah pemimpin parti politik dibeberapa bahagian dalam negeri ini sejak BN tewas ditangan PH dan Warisan bagi Sabah dalam mendepani orang orang kampung etnik anak asli negeri Sabah
Penuh Kekeciwaan, bayangkan asyik bercerita politik namun semua prasarana yang ditagih rakyat jelata tidak mendapat perhatian malah ada pula orang politik bawahan suka marah melenting bimbang terganggu cerita politik yang cuba mempengaruhi minda anak negeri supaya berdiam mendengar politik mereka setiap hari tanpa boleh bercakap masaalah prasarana pembangunan tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan