Isnin, 23 September 2019

PARLIMEN TG. PIAI BOLEH DITAWAN?
Oleh. Basron Kirwan
Kerusi parlimen Tg. Piai boleh ditawan mana mana parti politik bertanding jika jentera kempen mereka tepat dan sampai keakar umbi para pengundi misi mereka sebelum pembuangan undi berjalan, namun kelebihan dilaporkan masih dikuasai oleh Umno dan Pas serta Mca jika mereka komited seiring turun padang bagi meraih sokongan dikalangan seluruh pengundi berbilang kaum dan agama sepanjang kempen pilihan raya yang diberikan oleh suruhanjaya pilihan raya Malaysia nanti.
Bagi PH hanya bersandarkan kepada kuasa mereka sebagai kerajaan bagi meraih undi seluruh rakyat setempat yang berdaftar sebagai pemilih walaupun kebiasaan tanggapan masyarakat rakyat jelata tetap setia terhadap kerajaan memerintah negara ujar masyarakat yang ditemui, sebaliknya segala keputusan Parlimen Tg.  Piai berserah pada seluruh pengunfi kawasan tersebut walaupun ianya dimenangi Bersatu pada pru ke 14 yang lalu walaupun undi calon Umno dan calon pas adalah tertinggi jika disatukan ujar penduduk setempat.
Permaufakatan Umno dan Pas serta Mca boleh sempurnakan misi mereka turun padang temui rakyat bermula dari sekarang jika mahu menawan Kerusi Parlimen Tg. Piai jelas masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan