Ahad, 15 September 2019

PENYATUAN PAS UMNO TIDAK TERKESAN DI SARAWAK
Oleh. Gifkir Aming
Bumi Kenyalang. Rakyat dan pemimpin kerajaan Sarawak tidak terkesan dengan penyatuan Umno dan Pas memandangkan negeri tersebut cukup disanjung rakyat tempatan dalam parti Gabungan Bersatu Sarawak, bagi Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg beliau hanya perlu menjaga seluruh parti dalam rumah gabungan bersatu Sarawak supaya boleh membela masa depan rakyat Sarawak dibumi mereka sendiri sebagai sebuah kerajaan berkhidmat bersama rakyat jelata.
Berbeza dengan Semananjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai pelbagai parti ditentang sama ada parti tempatan atau parti dari Semananjung Malaysia Sarawak cukup berkhidmat untuk rakyat dan negeri mereka tanpa terlalu banyak politiking, jika berlaku saingan politik kuat sekalipun Sarawak hanya berdepan dengan DAP,  KEADILAN, BERSATU DAN ANANAH yang dilihat warga Sarawak cukup matang menilai perjuangan parti politik mereka tanpa dipengaruhi teknik memilih melompat setiap kali lepas pilihan raya melainkan mereka menentukan corak perjuangan kerajaan negeri mereka.
Anak bumi kenyalang yakin kerajaan Sarawak masa kini sudah merancang bersama rakyat kemana halatuju perjuangan parti politik mereka dalam pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan