Rabu, 7 November 2018

Oleh. Noorzaie Kirwan
KEPUTUSAN DITERIMA NAMUN PEGUAM DIARAH BUAT RAYUAN
Kota Kinabalu. Mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Amam menghormati keputusan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi berhubung isu Ketua Menteri, namun dalam masa yang sama beliau juga mengarahkan Peguamnya bagi mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mempasti perundangan negeri Sabah terpelihara tanpa kuasa campur tangan diperingkat perundangan persekutuan seperti negeri negeri tanah Melayu pada sebelum ini yang jauh berbeza dengan negeri Sabah jelasnya.
Dalam tinjauan kru media terkini dipelusuk negeri ini kegembiraan terus membuatkan perilaku beberapa rakyat asing terus melaungkan slogan kebanggaan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini walaupun Tan Sri Musa masih boleh merayu di Mahkamah Rayuan menyebabkan kegembiraan warga asing hanya beberapa jam sahaja dalam negeri ini ujar mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan