Jumaat, 23 November 2018

Oleh. Norzaire Kirwan
PEMBELI KEDAI MOHON PERBAIKI SISTEM PENGURUSAN DAN PEMASARAN
Kota Kinabalu. Majoriti pembeli dan penyewa kedai mohon rombakan pengurusan dan pemasaran sebuah kompleks beli belah bagi mempertingkatkan sumber perniagaan memandangkan sudah hampir dua tahun gedung terlibat siap namun tidak nampak sistem promosi berterusan dilakukan melalui media eletronik mahupun media cetak peringkat nasional sehingga ramai pembeli kedai tutup tanpa perniagaan, selain dari itu gedung terlibat sentiasa sunyi dari pembeli menyebabkan dikalangan penyewa permis perniagaan terpaksa berpindah ketempat lain bagi mengelak kerugian lebih besar terjadi dalam industri perniagaan namun pengurusan masih lagi diam membisu dengan keluhan pembeli dan penyewa kedai dalam gedung yang terletak sempadan Menggatal dengan Telipok.
Pembeli dan Penyewa Lot Kedai dalam gedung terlibat mengharap pendedahan ini membuka minda pengurusan dan pemasaran gedung terlibat agar memajukan promosi meluas keatas gedung berkenaan demi kemajuan perniagaan pemilik amnya penyewa Lot Lot Kedai didalam gedung berkenaan.

ISU ICERD SUARA MASYARAKAT TANAH MELAYU PANAS
Kuala Lumpur. Suara penduduk tanah Melayu panas berkumandang membantah rancangan melaksanakan ICERD dalam negara Malaysia, anehnya Melayu penyokong kerajaan terus membisu tanpa suara berhubung ICERD termasuk lah Sarawak dan Sabah juga masih membisu tanpa suara melainkan sekadar mendengar suara suara bantahan dikalangan masyarakat Melayu dalam berita berita semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan