Jumaat, 9 November 2018


 Oleh. Basron Kirwan
PEMANSUHAN HUKUMAN MATI PERLU DIBATALKAN
Kuala Lumpur. Kerajaan Pakatan Harapan perlu membatalkan rancangan memansuhkan HUKUMAN MATI terhadap pesalah jenayah berat berikutan suara suara bantahan rakyat jelata yang menjadi keluarga mangsa jenayah berat seperti pembunuhan tidak bersalah atau keluarga oasukan keselamatan yang terkorban akibat musuh yang menceroboh sempadan negara, kebanyakan keluarga mangsa yang terkorban ditangan pembunuh kejam juga merupakan pengundi yang memilih parti politik kearah pembentukan kerajaan pentabdir negara ini dan wajar didengar keluhan suara mereka dalam penentu dasar baru negara Malaysia.
Turut sependapat membatalkan pemansuhan Hukuman Mati ialah Ahli Parlimen Miri Dr. Maichel Teo yang turut bersimpati hati dan perasaan keluarga mangsa pembunuhan kejam oleh penjenayah dengan muda pembunuh kejam pula terlepas dari hukuman gantung sampai mati jika pemansuhan hukuman mati dikekalkan ujar beliau.
Dengan pendedahan ini kerajaan PH perlu mengutamakan suara pandangan rakyat jelata demi memelihara hati dan perasaan setiap keluarga mangsa pembunuh kejam apa tak lagi kumpulan penceroboh sempadan negara sehingga mengorbankan nyawa pasukan keselamatan yang mempertahankan negara kita Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan