Rabu, 14 November 2018

Oleh. Bujie Tukarang
CABARAN POLITIK CUKUP PANAS
Tamparuli. Permainan politik kerusi DUN setempat cukup panas selepas pru ke 14 yang lepas berikutan perubahan pemimpin dipihak PKR tambahan Upko pula sudah bermaufakat dengan pakatan harapan dan warisan yang kini membentuk kerajaan negeri Sabah, laluan Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Jahid Jahim dilaporkan terlalu getir dan perlu berkerja keras bagi mempertahankan kerusi tersebut agar tidak ditawan parti politik pihak lawan.
Bagi Pemimpin PKR Tamparuli Ketua Cabang Dousil Kundayong yang baru memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan baru baru ini wajar membuktikan kerja keras mendekati seluruh rakyat DUN Tamparuli amnya Parlimen Tuaran agar rakyat jelata mampu melihat kerja keras beliau yang mengutamakan
sokongan dalam PRU ke 15 akan datang.
Sehingga berita ini ditulis kedua dua pemimpin tersebut Datuk Jahid Jahem Adun Tamparuli dan Dausil Kundayong (Ketua Cabang PKR) dan Chrisnadia Sinam Timbalan Ketua Cabang PKR gagal dihubungi bagi mendapat ulasan lebih lanjut halatuju perjuangan politik mereka demi masyarakat berbilang kaum setempat walaupun pelbagai usaha dibuat namun tetap gagal tanpa sebarang maklumat yang boleh dibuat rujukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan