Rabu, 21 November 2018

Oleh. Wiliem Anak Lagau
KONSENSUS SABAH SEBUAH NEGARA MENGAPA ADA TIDAK MENDOKONG?
Sabah. Setiap ada suara orang Sabah menamakan tanah air mereka sebuah negara khususnya pilihan raya pasti akan tewas dalam membentuk kerajaan negeri bagaikan ada kuasa tangan ghaib menarik orang ADUN melompat menyertai parti politik luar bagi membentuk kerajaan negeri dibawah naungan parti di Semananjung Malaysia, perkara seumpama bukan perkara baru malah telah berpanjangan sejak tahun 80 an lagi bagaikan sebilangan orang politik Sabah enggan merestui jika terbentuk kerajaan negeri yang mahu menuntut dan mengiktiraf Sabah sebuah Negara yang bersekutu dengan kerajaan Malaysia seperti yang termeterai dalam perjanjian 1963 ujar beberapa tokoh veteran dari Keningau. Sehingga kehari ini tidak ada rakyat Sabah yang mengetahui mengapa perkara seump
ama berlaku walaupun ianya satu matlamat terbaik keatas rakyat jelata serta negeri Sabah amnya dimasa akan datang.
Media Terkini dihujani pelbagai suara bagi mendedahkan isu ini berdasarkan suara tokoh tokoh politik veteran dari daerah Keningau dan Tambunan serta Tuaran agar rakyat Sabah tahu dan memahami sejarah sebebar bagi memilih wakil rakyat mereka supaya tidak dikuasai tangan ghaib selepas setiap kali pilihan raya berlalu, selain dari itu rakyat Sabah juga perlu bijak dan matang merealisasikan oemimpin mereka yang benar benar bersemangat mahu berjuang untuk tanag air mereka berbanding jawatan semata mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan