Rabu, 21 November 2018

 Oleh. Basron Kirwan
POLITIK PARLIMEN TUARAN SIAPA NAIK?
Sabah. Selepas pilihan raya ke 14 yang lalu rakyat parlimen Tuaran mula merangka siapa bakal diangkat pada pilihan raya ke 15 akan datang bagi memelihara kedaulatan pemimpin yang tidak akan meninggalkan mereka (rakyat pengundi) selepas diberi kemenangan menerusi sesebuah parti yang boleh mempertahankan negeri Sabah, sejarah PRU ke 14 lalu dilaporkan BN menang besar 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen namun parlimen telah membawa undi rakyat terhadap BN menyertai pakatan Harapan bersama Warisan dan kini rakyat parlimen Tuaran melaporkan bakal memilih calon Parlimen yang teguh tanpa meninggalkan sokongan undi rakyat jelata tegas mereka.
Dalam tinjauan Media Terkini di Parlimen Tuaran rakyat jelata melaporkan nama Rajimit Gunong banyak membantu para pemimpin keadilan seluruh kawasan Parlimen Tuaran namun beliau (Rajimit Gunong) langsung tidak dihiraukan sampai menjelang pilihan raya ke 14, ini membuatkan rakyat Parlimen Tuaran menggesa Rajimit Gunong kembali memberi sokongan padu kepada para pemimpin khususnya calon calon DUN dan PARLIMEN BN sehingga calon dari pakatan harapan ditewaskan oleh calon calon BN berdasarkan pengaruh Rajimit Gunong diperingkat rakyat jelata setempat jelas mereka.

Mampukan PH menawan hati para pengundi Parlimen Tuaran menjelang PRU ke 15 akan datang ianya bergantung pada kerja dan usaha para pemimpin PH setempat bagi mendekati rakyat berbilang kaum bermula dari sekarang, namun dikalangan pemimpin BN yang kini menggelarkan diri mereka sebagai GABUNGAN BERSATU SABAH sudah lama menyusun jentera mereka agar rakyat jelata setempat  tidak berpaling tadah membelakangkan kepimpinan mereka disamping Rajimit Gunong yang juga ahli perniagaan terus mendiamkan diri memantapkan hubungan dengan rakyat berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Tuaran ujar penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan