Selasa, 20 November 2018

GBS SEJAUH MANAKAH PENERIMAAN RAKYAT SABAH?
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Impian kepimpinan GBS meraih sokongan padu seluruh rakyat negeri ini masih dalam teka teki memandangkan sebilangan rakyat jelata masij belum mendapat maklumat lebih terperinci terhadap badan tersebut memandangkan kurang pendekatan pemimpin mereka keatas setiap rakyat jelata, selain dari itu kumpulan dari pemimpin Pakatan Harapan bersama Warisan sangat agresif mendekati rakyat berbilang kaum dan agama tanpa mengira masa dan tempat asalkan memiliki masa terluang pasti dipergunakan.
Demikian pendedahan penduduk anak negeri Sabah sebagai mengulas pengaruh GBS yang dianggotai PBS, UMNO, PBRS dan STAR sebagai langkah bersatu persediaan PRU ke 15 bagi menghadapi Pakatan Harapan dan Warisan sebelum PRU ke 15 yang menentukan kekuatan sokongan antara pelbagai lapisan rakyat jelata dipelusuk negeri ini.
Media Terkini yang berusaha melakukan tinjauan diseluruh negeri Sabah masih gagal mendapat permaufakatan suara sokongan seluruh rakyat asli dalam negeri ini yang berbilang bangsa dan agama namun ramai dari pihak rakyat jelata serba salah memilih halatuju politik mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan