Selasa, 9 Ogos 2022

SIAPA TAWAN PARLIMEN PENSIANGAN ? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kerusi parlimen Pensiangan merupakan satu kerusi yang disandang oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)  masa kini, ianya merangkumi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Tulid, Sook dan Nabawan. 

Mampukah parlimen Pensiangan dipertahan oleh PBRS BN dalam pru ke 15 jika STAR dan PBS bergabung dalam GRS pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia meletak calon menentang BN di Kerusi tersebut dalam pru kali ke 15 akan datang?. 

Persoalan ini belum terfikir oleh kepimpinan BN Pensiangan  walaupun bahang pilihan raya kali ke 15 semakin panas masa kini, tambahan Pakatan Harapan dari PKR, DAP, UPKO dan AMANAH juga mengintai kerusi tersebut bersama Parti tempatan Sabah WARISAN juga mungkin mengimpikan kerusi tersebut. 

Cabaran PBRS BN Pensiangan kali ini ialah perpecahan undi rakyat Pensiangan jika berlaku calon GRS bersama Calon Pakatan Harapan PKR, DAP, AMANAH dan UPKO antara satu disamping WARISAN juga parti tempatan yang berpengaruh. 

Seandainya percaturan ini berlaku cabaran PBRS BN Pensiangan bukan muda mempertahankan kerusi tersebut berdasarkan undian rakyat didalam dun Nabawan, dun Tulid dan dun Sook prn yang lepas. 

Mampukah PBRS BN meneruskan kerjasama dengan STAR dan PBS serta GRS tidak bertarung calon diparlimen Pensiangan pada pru ke 15 ini?, jika tidak parlimen tersebut bakal bertembung 4 calon jika Pakatan Harapan dan Warisan tidak mencapai kata sepakat meletak satu calon sahaja untuk bertanding ujar penduduk parlkmen tersebut.

Apapun percaturan parti parti yang bertanding diparlimen  Pensiangan sehingga berita ini ditulis terlalu sukar menghubungi para pemimpin parti politik setempat bagi mendapat misi perjuangan mereka menjelang pilihan raya nanti.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan