Khamis, 11 Ogos 2022

Ringkasan Berita 

PENJAJA TUTUP LALUAN PEJALAN KAKI 

Oleh. Williem Anak Lagau

Telipok. Pengunjung Tamu mingguan dekat sini keciwa berikutan laluan pejalan kaki ditepi jalan telah dipagar dengan tali sehingga tiada laluan menuju ketamu tani dengan selesa. 

Sebilangan pengunjung balik kekedai bawah atau berpusing jauh dilorong kedai atas jika mahu terus ketamu tani berjalan selesa tanpa berhimpit himpit dengan pembeli  pakaian bundle yang bergantungan dilorong laluan pejalan kaki. 

Selain dari pakaian bundle yang bergantungan dilorong laluan pejalan kaki,  sebilangan pembeli pakaian bundle juga bersusun memilih pakaian bundle sehingga tertutup lorong laluan pejalan kaki ke tamu tani pekan Telipok.

Keluhan ini disuarakan oleh pengunjung pesara kakitangan kerajaan kepada Media Terkini demi perhatian pemimpin kerajaan agar mengosongkan lorong laluan pejalan kaki demi nyawa orang lain menuju ke tamu mingguan tersebut. 

Tamu mingguan Telipok dilaporkan dalam jajahan Kota Kinabalu serta dibawah naungan Dewan Undangan Negeri Kerambunai, kegagalan penyelenggaraan mengosongkan lorong laluan pejalan kaki  tanpa menyusun gantungan pakaian bundle oleh peniaga perlu diberi perhatian penjaga tamu tersebut, jika gagal menyelenggara dengan terbaik elok lah kepimpinan dibawah wakil rakyat dan kakitangan DBKK mengambil pengurusan tamu tersebut sebelum pejalan kaki dijalan raya dilanggar kenderaan yang sebok setiap pagi terang pengunjung tamu yang ditemui.  

Sehubungan dengan keluhan pengunjung tamu mingguan pekan telipok, kerajaan Sabah mengambil tindakan bagi menurunkan kakitangan mereka mengatur keselamatan laluan pejalan kaki tanpa sebarang halangan seperti masa liputan dibuat,  ini penting bagi melindungi pejalan kaki berjalan ditengah jalan raya demi mengelak bersesak bukan sahaja kain bundle malah berhimpit himpit dengan orang ramai yang memilih pakaian bundle dalam situasi mengelak penularan virus covid 19 masa kini ujar pelawat tamu Telipok.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak  amnya memuat turun, menyebar berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan