Rabu, 17 Ogos 2022

PENYOKONG MOHON DOA 

Oleh. Tedung Selar

Kuala Lumpur. Sebilangan penyokong Datuk Najib Tun Razak melaporkan telah menghulurkan doa kepada Allah swt  agar memberikan sesuatu keajaiban ketenangan diluar jangka bagi menghadapi situasi getir yang ditempuhinya masa kini dimana tidak ada kuasa yang mampu melebihi dari mukjijatnya. 

Saat yang dihadapi Datuk Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia  difahami seluruh rakyat Malaysia yang kekal teguh memberi sokongan keatas beliau masa kini malah telah pun menghimpunkan doa sejak seminggu lalu menurut kenyataan penyokong beliau dekat sini hari ini. 

Datuk Najib Tun Razak yang menanti keputusan rayuan beliau pada Khamis 18 Ogos 2022 bukan muda menghadapi situasi secara bersendirian namun penyokong nya yakin segala doa yang telah dipersembahkan pada yang maha kuasa mampu memberi ketenangan  walau apapun situasi nya pada hari ini Khamis 2022 jelas mereka.

Turut mengutus kata kata semangat kepada Datuk Najib Tun Razak mantan Perdana Menteri Malaysia ialah warga Borneo dari Sarawak dan Sabah hari ini demi memperolehi ketenangan diluar jangka supaya beliau tenang menghadapi apa apa juga keputusan kes tersebut hari ini tegas mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan penyokong Datuk Najib Tun Razak hari ini mereka yakin segala yang berlaku hari ini mampu diharungi penuh sabar serta semangat kuat agar segala doa yang disampaikan mampu memberi keajaiban segala yang ditempuhinya. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun amnya menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan