Rabu, 24 Ogos 2022

 RAYUAN PENGAMPUNAN KE ISTANA NEGARA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Badan NGO yang memulakan langkah menyerahkan memo bagi permohonan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia yang sedang menjalani Hukuman Penjara di Penjara Kajang  wajar dicontohi seluruh rakyat dalam negara ini.

Badan NGO yang sendiri hadir kepintu Istana Negara juga merupakan warga Malaysia yang telus iklas mengenang jasa baik pemimpin negara agar mendapat pengampunan sewajarnya mengikut budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Rakyat Malaysia tidak perlu digunakan sebarang tanda tangan bagi sebarang NGO yang mahu menghantar memo ke Istana Negara atas sebarang tujuan tertentu malah sebaiknya cukup AJK tertentu NGO berdaftar rasmi membuat dan menghantar memo kepada Istana secara rasmi jika perlu, ulas ahli pesara pesaraTentera Borneo Sarawak Sabah hari ini. 

Kumpulan Pesara Pesara Tentera Sarawak Sabah menolak cara meminta tanda tangan rakyat Malaysia dengan tujuan tertentu oleh badan badan  NGO semata mata dipersembahkan kepada Istana Negara yang mungkin tidak jelas bagi segenap lapisan rakyat jelata dalam menurun sesuatu tanda tangan dalam kertas tegas mereka. 

Pesara Pesara Tentera Sarawak Sabah  meminta AJK Tertinggi mana mana NGO sahaja yang menghadirkan diri ke Istana Negara bagi menyerahkan memo sejujurnya matlamt mereka  tanpa memungut tanda tangan sebagai memelihara kedaulatan negara Malaysia ujar mereka. 

Memohon Pengampunan mahupun Menolak Permohonan Pengampunan itu merupakan hak individu pars pemimpin tertinggi NGO sebagai kebebasan namun tidak perlulah menggunakan tanda tangan seluruh rakyat Malaysia bagi kepentingan setiap badan NGO itu sendiri jelas rakyat Malaysia yang ditemui hari ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan