Isnin, 29 Ogos 2022

SEKSA PENDERAAN WAJAR DIHINDARI 

Oleh. Huzera Ben 

Kemboja. Kumpulan menyeksa warga Malaysia akibat buruh paksa boleh dijauhi jika seluruh penduduk negara tersebut menjauhi laman sosial Agent yang menawarkan gaji besar dengan kerja senang bermula dari hari ini. 

Ini komen golongan aktivis masyarakat dan para pegawai bersara pemerintah Kemboja semasa ditemui hari ini bagi mengulas pekerja buruh paksa dinegara ini berikutan perbuatan Agent Pekerjaan tidak bertanggongjawab, golongan terlibat juga memberi peringatan bahawa mencari kerja dinegara Kemboja mesti merujuk Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan negara masing masing sebelum memasuki negara Kemboja demi mengelak golongan pemangsa tegas mereka.

Setiap rakyat dimana juga negara jangan bagi ruang Agent Pemangsa sehingga menjadi buruh paksa sehingga dikurung sedangkan banyak cara yang selamat memasuki negara Kemboja  tanpa menjadi buruh paksa ujar mereka. 

Media Terkini dimaklumkan aktivis masyarakat tempatan bahawa semua yang didera rakyat Malaysia adalah masuk menggunakan Agent Gelap kenegara tersebut, setibanya lepas pemeriksaan dilapangan terbang buruh paksa ini akan disambut Agent Lain untuk dihantar kepada Agent Kurungan dengan bayaran lumayan, sebaik sampai Agent Kurungan rakyat Malaysia tidak lagi dapat keluar sehingga Agent Pekerja Paksa mengambil mereka dengan membayar Agent Kurungan cukup tinggi membuatkan rakyat Malaysia mereka perlakukan sebagai buruh paksa jelas warga Kemboja.

Warga Kemboja mendedahkan semua Agent buruh paksa dari kumpulan 1,2,3,4,5,6,7 dan 8 sentiasa berpindah pindah bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa Kemboja, selain dari itu buruh yang memasuki negara tersebut dipercayai gelap tanpa rekod pekerjaan nya sehingga mereka membahayakan diri jika sampai kepada kumpulan 7 dan 8 yang ganas tidak berperikemanusiaan.

Setiap warga dari mana negara sekalipun perlu berwaspada jika mahu bekerja dinegara Kemboja agar melengkapkan diri dengan melaporkan diri kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan Negara masing masing terlebih dahulu sebelum mencari kerja dinegara Kemboja ini ujar mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan