Isnin, 8 Ogos 2022

PENYAMPAIAN BERITA PERLU TEPAT 

Oleh. Koijul Hairul 

Kota Belud. Isu kehilangan kanak kanak yang dihebahkan dalam group watsap sangat mengelirukan bagi masyarakat didalam negeri ini.

Tujuh orang kanak kanak hilang dikawasan Kg. Kebayau ditemui awal pagi bagai berita tergantung dan mencemaskan orang ramai disekitar Kg. Kebayau Telipok sedangkan kejadian dilaporkan sekitar Kg. Kebayau Kota Belud.

Mujurlah kanak kanak yang hilang semuanya ditemui dengan kes perlu memperbaiki penyampaian berita benar pada masa akan datang agar tidak mengelirukan penduduk kampung yang sama didaerah lain ujar masyarakat dekat sini hari ini.

Kru Media Terkini dihujani pelbagai panggilan berikutan kejadian tersebut sepanjang hari ini sedangkan tidak ada kejadian serupa berlaku didalam Kg. Kebayau Telipok Kota Kinabalu seperti yang dihebahkan ayat tergantung. 

Apapun sama sama kita menjaga semua anak anak terutama OKU agar tidak berjalan jauh tanpa pengawasan dari wargatua demi mengelak kejadian seumpama berlaku ulang kembali dimasa akan datang.





Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan