Jumaat, 12 Ogos 2022

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM PERLU BERANI 

Oleh. Gason Dumiri 

Kota Kinabalu. Semua pengguna pengangkutan awam dekat sini perlu berani bersuara bagi mencabar golongan pemandu bus mini yang sesuka hati  menjadikan bus stop disepanjang jalan raya Kota Kinabalu ke Telipok sebagai Terminal tetap mereka 

 sejak beberapa tahun yang lepas. 

Sikap angkuh pemandu Bus Mini (Bukan Tampaluri) menjadikan bus Stop sepanjang jalan sebagai terminal tetap sangat mengeciwakan semua pengguna pengangkutan awam, malah golongan terlibat sanggup cari gaduh dengan sesiapa juga pengguna pengangkutan awam lain memilih bus lain untuk bū mengikut kesesuaian masyarakat pengguna.

Pemandu Bus Mini yang angkuh juga dilaporkan sesuka hati menurunkan penumpang jika tinggal seorang dua sahaja ditengah jalan tanpa perikemanusiaan dan jika ditegur pasti marah tanpa bertimbangrasa ujar orang asli Sabah.

Menurut pengguna pengangkutan awam Sabah, loghat bahasa pemandu yang angkuh ini menyerupai loghat bahasa warga asing namun segelintir dari mereka berlagak mengaku  orang asli Sabahan terang penduduk asli Sabah. 

Penduduk asli Sabah juga mendakwa pemandu bus mini angkuh sering melanggar lampu isyarat merah ditempat laluan pejalan kaki melintas bagaikan mereka segala gala empunya bus stop,  lampu isyarat mereka yang berkuasa sedangkan penumpang yang bagi nafkah kehidupan mereka setiap hari namu mereka buat penumpang sebagai hamba mereka ujar penduduk asli negeri ini. 

Sehubungan dengan paparan ini, semua pemandu bus mini anak watan asli Sabah kena bersatu dan berganding bahu dengan semua penumpang agar menyingkir pemandu angkuh sombong dengan melaporkan pada Trafik, JPJ dan LPKP disamping Pegawai Daerah serta Wakil Rakyat dikawasan masing masing agar turun padang serentak dengan aduan bukti kukuh perilaku mereka demi mengenakan  tindakan sewajarnya keatas pesalah. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun, menyebarkan dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan