Ahad, 28 Ogos 2022

MANGSA PENIPUAN KERJA AKIBAT IKLAN TIDAK RASMI 

Oleh. Huzera Ben 

Kemboja. Isu warga Malaysia yang tertipu dengan pekerjaan disini akibat menggunakan iklan Ejen Tidak Rasmi di laman sosial dan watsap group yang berleluasa hari ini sehingga mereka terlupa golongan Ejen sedang mencari mangsa dengan habuan tinggi. 

Seperkara yang perlu warga Malaysia ingat termasuk lah orang parti politik ialah mengingatkan seluruh warga supaya mencari kerja menggunakan saluran benar dengan mendaftar dengan PesuruhJaya Tinggi atau Duta Malaysia disetiap negara luar jika mencari kerja dikawasan negara terlibat.

Apapun kecanggihan dibuat oleh kerajaan Malaysia jika warganya memasuki negara Kemboja melalui Ejen Petualang semuanya tidak mampu dikesan pantas berikutan terlepas sahaja pemeriksaan dilapangan terbang negara ini Ejen sudah main peranan mengurung atau menyembunyi warga terlibat secara berpindah pindah bagi mengelak mereka dikesan.

Sebagai peringatan pihak berkuasa Kemboja jangan sesekali terpedaya dengan tawaran kerja Bergaji Besar DiKemboja oleh Ejen Petualang sebab ianya semua permainan mereka memerangkap warga negara Malaysia berpendapatan rendah demi menjadi PEKERJA PAKSA dinegara ini. 

Kami di Kemboja sudah masak dengan pengaruh Ejen Petualang dengan KERJA MUDA GAJI RM5,000 dan keatas sebulan tetapi semuanya daya penarik sebagai BURU PAKSA sehingga masuk dalam kurungan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, menyebarkan amnya memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan