Ahad, 28 Ogos 2022

SEMAKIN TERPENCIL SEMAKIN TERTEKAN HIDUP 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Penduduk kampung terpencil kini tersepit dalam pembelian barang barang makanan terutama IKAN DAN SAYOR berikutan dibandar dan pekan lebih murah berbanding dikampung mereka sendiri. 

Ini didedahkan beberapa pesara kakitangan kerajaan yang terkejut dengan IKAN DIPEKAN RM16 DAN RM10 SEKILOGRAM namun dikampung RM24 DAN RM14 SEKILOGRAM ujar mereka penuh kesal.

Hendak berniaga sekalipun biarlah mengambil untung RM1 hingga RM2 sekilogram demi membantu warga kampung yang berpendapatan rendah disamping beramal dengan masyarakat sendiri yang hidup didalam serba kekurangan dan bukan mengaut kekayaan diri sendiri. 

Dalam konteks ini semua pemimpin kerajaan diperingkat pertengahan dan bawahan perlu mencari langkah membantu rakyat miskin dan bukan nya membiarkan orang mampu berniaga mengaut keuntungan berlebihan tanpa memikirkan kesusahan warga miskin diluar bandar.

Media Terkini borneo dimaklumkan peniaga dibandar dan pekan dikawal ketat oleh pihak kerajaan, namun peniaga yang memasuki setiap perkampungan mengaut keuntungan berlebihan bebas tanpa diberi perhatian oleh kerajaan ujar penduduk yang menghubungi Media Borneo.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan