Jumaat, 19 Ogos 2022

LAPORAN COVID 19 MENAKUTKAN DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

Brazil. Setelah lebih dua tahun covid menyerang seluruh dunia belum ada laporan who virus tersebut sudah hilang dimuka bumi ini walaupun pelbagai jenama vaksin telah disuntik hampir setiap tubuh penduduk dunia. 

Sebaliknya jumlah kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 6,505,474 orang, dalam kes jangkitan menerusi tempoh yang sama berjumlah 595,477,140 orang manakala kekal dirawat seluruh dunia hari ini berjumlah 24,442,885 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian berjumlah 1,064,207 orang  sejak tahun 2020 sehingga hari ini, disusuli negara Brazil dalam tempoh yang sama berjumlah 682,074 orang manakala negara India juga  juga tempoh yang sama berjumlah 527,206 orang. 

Bagi  negara Rusia sejak 2020 sampai hari ini jumlah kematian serangan covid 19 berjumlah 383,362 orang, disusuli negara Mexico dalam tempoh yang sama berjumlah 328,871 orang dan negara Peru juga dalam tempoh yang sama berjumlah 215,159 orang. 

Covid 19 dunia masih tidak tunduk dengan pelbagai jenis vaksin  yang disuntik setiap orang tua dan muda malah virus tersebut terus mencari sasaran yang lalai dan leka dengan pemakaian mask, penjarakan diri dengan orang lain setiap masa.

Negara United Kingdom terus mencatatkan kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 187,018 orang, disusuli negara Itali dalam tempoh yang sama berjumlah 174,300 orang, negara Sepanyol dalam tempoh yang sama mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 159,605 orang manakala negara Indonesia dalam tempoh yang sama berjumlah157,317 orang. 

Banyak lagi peningkatan kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini termasuklah negara Perancis dengan jumlah 153,335 orang, negara Jerman dengan jumlah 146,214 orang, negara Iran berjumlah 143,222 orang, negara Colombia berjumlah 141,287 orang. 

Dinegara Argentina sejak tahun 2020 sampai hari ini mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 129,566 orang, negara Poland dalam tempoh yang sama mencatatkan kematian berjumlah 116,820 orang,  negara Ukraine dalam tempoh yang sama berjumlah 108,743 orang, negara Afrika Selatan dalam tempoh yang sama berjumlah 101,982 orang dan negara Turki dalam tempoh yang sama berjumlah 100,400 orang. 

Patuhi pemakaian mask dan amalkan penjarakan diri lebih 1 meter ditempat awam demi memutuskan rantaian covid 19 dalam jangkamasa panjang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, menyebarkan amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan