Sabtu, 27 Ogos 2022

COVID 19 DAN DUNIA HARI INI 

Oleh. Huzera Ben

Brazil. Masyarakat seluruh dunia masih tertanya tanya sebaik divaksin pertama, kedua, penggalak 1 dan penggalak 2 namun kematian serangan virus covid 19 terus meningkat sejak tahun 2020 sehingga hari ini mencecah 6,521,557 orang, kes jangkitan dalam tempoh yang sama juga mencecah 601,532,490 orang dan kes tengah dirawat dalam hospital masa kini diseluruh dunia berjumlah 23,362,582 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatat kematian sejak tahun 2020 sampai hari ini berjumlah 1,068,111 orang disusuli negara Brazil dalam tempoh yang sama berjumlah 683,328 orang manakala negara India dalam tempoh yang sama berjumlah 527,556 orang. 

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini Negara Rusia juga mencatat kematian serangan covid 19 berjumlah 383,910 orang, dalam tempoh yang sama juga negara Mexico mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 329,289 orang dan negara Peru dalam tempoh yang sama mencatat kematian berjumlah 215,514 orang.

Semua negara maju diseluruh dunia telah pun menggunakan vaksin penggalak 1 atau 2 namun negara United Kingdom sejak tahun 2020 sehingga hari ini merekodkan kematian covid 19 berjumlah 187,761 orang, disusuli negara Itali dalam tempoh yang sama berjumlah 175,127 orang, negara Sepanyol dalam tempoh yang sama berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia dalam tempoh yang sama berjumlah 157,478  orang. 

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ialah negara Perancis  berjumlah 153,806 orang, negara Jerman berjumlah 147,003 orang, negara Iran berjumlah 143,612 orang, negara Colombia berjumlah 141,519 orang, negara Argentina berjumlah 129,646 orang, negara Poland berjumlah 117,007 orang, negara Ukraine berjumlah 108,803 orang, negara Afrika Selatan berjumlah 102,084 orang dan negara Turki berjumlah 100,400 orang. 

Langkah utama yang harus dipatuhi dalam memerangi covid 19 ialah menjarak diri lebih 3 kaki diantara satu sama lain dan sentiasa memakai MASK semasa berada ditempat awam serta tumpuan kunjungan orang ramai. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan, memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur.    

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan