Jumaat, 30 April 2021


 VIRUS COVID 19 TERUS MENCARI MANGSA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Siapa sasaran virus Covid 19 seterusnya diseluruh dunia setiap hari ?, satu persoalan yang mungkin ramai tidak terfikir selama ini walaupun kes kematian terus meningkat bersama jangkitan tanpa titik hentinya.

Sehingga kehari ini vaksin telah diperolehi setiap negara namun vairus covid 19 terus juga mencari mangsa korban dan jangkitan dimerata tempat selagi sikap lalai berterusan diantara sesama manusia pasti tidak ada titik nokthanya.

Kematian serangan virus covid 19 seluruh dunia hari ini melebihi  3.14 juta orang manakala jangkitan juga terus meningkat lebih 149,328,858 juta orang namun masyarakat dunia tidak merujuk fakta keagamaan masing masing kunci pencegahan yang utama.

Amerika Syarikat terus merekodkan angka tertinggi kematian serangan virus covid 19 dengan 587,384 orang sepanjang penyakit tersebut menyerang dunia, dalam jangkitan sehingga kini jumlah terus meningkat melebihi 32.92 juta orang walaupun vaksin sudah ada disetiap negara namun virus covid 19 masih terus mencari mangsa tanpa memilih bangsa agama mahupun warna kulit dimana juga negara.

India terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 201,165 orang dengan jangkitan angka 17.98 juta orang sehingga kehari ini sejak covid 19 timbul sejak lebih setahun yang lalu.

Brazil juga merekodkan 395,324 orang kematian manakala jangkitan lebih 14.44 juta orang sehingga hari ini dan Perancis mencatatkan kematian lebih 193,603 orang dengan jumlah jangkitan melebihi 5.53 juta orang yang dilaporkan seluruh dunia hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan