Jumaat, 16 April 2021

Sorotan  Semasa

Oleh. Gifkir Aming 

Masyarakat Kota Kinabalu sekadar tersenyum sinis melihat gelagat sebilangan individu yang dianggap lebih berkuasa sehingga duduk bagai super king memijak tempat duduk stesen perhentian pengangkutan awam sekitar bandar yang dikunjungi  pelancong didalam dan luar negara.

Menurut pengunjung Kota Kinabalu sikap orang yang memijak tempat duduk stesen perhentian pengangkutan awam berlaku disebabkan golongan terlibat duduk dipalang tempat menyandar perhentian pengangkutan awam berkenaan, walaupun  pelaku terlibat adalah golongan warga dewasa namun mereka terlalu sukar menerima hakikat bahawa budaya warga Sabah adalah beradab bersopan serta meghargai serta kepentingan awam tanpa mengikut budaya songsang yang dibawa warga asing kenegara ini.

Luahan segelintir orang kota ketika ditemui bagi mengulas perbuatan individu warga asing memijak tempat duduk bus stop yang dibina untuk kepentingan orang ramai namun orang asing pula suka hati memijak tempat duduk manakala tempat menyandar pula dijadikan tempat duduk mereka setiap hari tegas warga kota yang ditemui.


Oleh. Williem Anak Lagau 
BUS PENUH SESAK TAMBANG NAIK MENDADAK  

Kota Kinabalu. Pihak berkuasa tempatan digesa turun padang bagi mencegah perbuatan para pemandu BUS MINI dengan memenuhkan penumpang dalam Bus Mini mereka sepanjang jalan Kota Kinabalu ke Telipok Pekan dan Telipok Ria dengan kadar tambang sama RM4.00 seorang penumpang.
Majoriti penumpang yang ditemui merasa kesal dengan perbuatan mereka sedangkan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri belum mengumumkan kenaikan sejak beberapa tahun lalu namun para pemandu bus mini Telipok dan Telipok Ria sudah menaik kadar tambang mereka sesuka hati dengan penumpang penuh tidak ada penjarakan didalam Bus Mini sepanjang jalan dilalui.
Pengguna pengangkutan awam Kota Kinabalu menggesa semua pihak turun padang bertindak dalam kes ini termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia agar dapat membantu penumpang mencegah perbuatan pemandu Bus Mini yang bagaikan kebal dengan teguran penumpang setiap hari ujar mereka.
Pemandu Bus Mini kata, " Repot lah mana mana pihak kami ada kuasa menaik kadar tambang suka hati sepanjang covid 19 ini" luah pemandu ungkap para pemandu yang ditemui dekat sini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan