Ahad, 11 April 2021


 Oleh. Koijul Hairul

GOTONG ROYONG LANCAR BERJALAN 

Telipok. Amalan bergotong royong perlu dicontohi semua lapisan masyarakat setiap kampung agar segala kerja yang dilakukan muda disekesaikan demi kebaikan bersama dalam kampung masing masing.

Dalam kerja amal bergotong royong yang terbaru ialah membersih dan menghias Surau Baharu Kg. Kebayau Telipok anjuran badan Islam bersama seluruh penduduk kampung tersebut yang turut dikunjungi kru Media Terkini Borneo hari ini.

Selain membersih dan menghias Surau Baharu penduduk kampung juga membersih persekitaran Balai Serbaguna dan sepanjang jalan raya kampung tersebut lebih kurang 3 kilometer sehingga lewat tengahari.

Agenda tersebut dilaksanakan sempena menyambut Bulan Ramadhan tahun 2021 ini yang disertai En. Badin  Emat Pengurusi Surau Kg. Kebayau berserta para pemimpin masyarakat kampung tersebut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan