Sabtu, 10 April 2021


 COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Virus covid 19 terus membunuh diseluruh  dunia tanpa mengira bangsa dan ugama sama ada remaja mahupun warga dewasa jika leka menjaga kesihatan pasti akan menjadi mangsa.

Dalam rekod kematian serangan virus covid 19 seluruh dunia hari ini melebihi 2.92 juta orang manakala jangkitan kes juga melebihi 135.27 juta orang dimana serangan seumpama menggusarkan seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Amerika Syarikat terus merekodkan kes kematian 574,815 orang dengan angka jangkitan kes covid 19 yang tertinggi masa kini melebihi 31.80 juta orang walaupun vaksin telah ditempah setiap negara diseluruh dunia bagi membasmi virus covid 19.

Negara Brazil juga merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 348,934 manakala jangkitan terus meningkat dengan melebihi 13,375,414 juta orang.

Sehingga hari ini India mencatatkan rekod kematian serangan virus covid 19 melebihi 168,467 orang manakala jangkitan melebihi 13.20 juta orang.

Perancis merekod jangkitan covid 19 melebihi 4.98 juta orang disusuli Rusia melebihi 4.62 juta orang manakala United Kingdom melebihi 4.62 juta orang.

Saranan aktivis masyarakat seluruh dunia adalah memelihara penjarakan diri setiap hari disamping sentiasa membersihkan badan setiap masa demi nengelak virus covid 19 menular ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan