Jumaat, 16 April 2021


 Oleh. Huzera Ben

VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

New York. Satu demi satu serangan virus covid 19 diseluruh dunia walaupun vaksin pemusnah yang dilapor sudah ditemui. 

Terbaru dunia dikejutkan kematian lebih 2.99 juta orang manakala jumlah jangkitan juga melebihi 139.66 juta orang mungkin masih ramai masyarakat tidak mengambil iktibar penularan dan kematian ini melibatkan negara negara maju.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian keseluruhan melebihi 578,993 orang manakala jangkitan lebih 32.24 juta orang sehingga ke hari ini.


Bagi negara India mencatatkan kematian melebihi 174,335 orang sementara jangkitan virus covid 19 melebihi 14.28 juta orang semuanya.

Brazil turut mencatatkan kematian 365,954 orang manakala jumlah jangkitan virus covid 19 melebihi 13.75 juta orang yang boleh dijadikan iktibar betapa pentingnya memakai mask dan penjarakan sisial dikawal ketat tiap hari.

Negara Perancis merekod kematian lebih 100,000 orang dengan jangkitan lebih 5.18 juta orang. Negara Rusia mencatatkan kematian 104,000 orang manakala jangkitan virus covid 19 lebih 4.67 juta orang. Bagi United Kingdom sehingga hari ini telah mencatatkan kematian 127,000 orang manakala jangkitan virus covid 19 melebihi 4.38 juta orang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklaan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan