Khamis, 29 April 2021



 Berita Ringkas 

Oleh. Gason Dumiri

TUNJUK TARING LANGGAR UNDANG UNDANG

Kota Kinabalu. Menjadikan semua Bus Stop sebagai TERMINAL MENUNGGU PENUMPANG dikalangan sebilangan pemandu Bus Mini merupakan satu perbuatan melanggar undang undang yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan bagaikan mereka (PEMANDU) tunjuk taring lawan undang undang dalam negara ini.

Pemandu Bus Mini juga sanggup cari gaduh sesiapa juga pengguna pengabgkutan awam membuat teguran keatas mereka apa tak lagi mereka yang berlagak samseng pasti timbul pergaduhan disetiap Bus Stop sepanjang jalan besar tegas orang ramai.

Kebanyakan pemandu yang dilaporkan biadap melawan undang undang adalah mirip bahasa orang luar malah gemar bersekongkol dengan warga asing yang berkerja buruh didalam negeri ini ujar orang ramai.

Dalam konteks ini pengguna pengangkutan awam Sabah mengingatkan semua orang agar bersatu hati bertindak melaporkan kepada JPJ dan LPKP amnya Polis Lalu Lintas berhubung kes tersebut dimana kedegilan pemandu bus mini juga boleh dirujuk kepada SPRM jika berbulan tanpa tindakan pihak berkuasa jelas mereka.

Dalam tinjauan kru media juga mendapati pemandu Bus Mini sesuka hati menaik kadar tambang sampai tidak kenal dosa menipu orang ramai apa tak lagi dibulan Puasa ini namun tidak berubah sikap mereka.

Menurut kadar Tambang tarif dari Telipok ke Kota Kinabalu RM3.00, Telipok Inanam RM2.00 dan Telipok Menggatal RM1.50 sahaja.

Para pemandu Bus Mini pula menaik kadar tambang sendiri RN4.00 KK ke Telipok, RM3.00 Inanam Telipok, RM2.00 Menggatal Telipok tanpa mempamerkan surat kenaikan dari pihak berkuasa tempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak pengurus Penyiaran dan Pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan