Isnin, 12 April 2021

Oleh. Williem Anak Lagau 

DUA PARTI SALING PERKASA AKAR UMBI ? 

Sepanggar. Gerak jentera dua parti berbeza menggempur kawasan P.171 Sepanggar dapat dirasai sebilangan rakyat setempat masing masing mencari pengaruh dikawasan tersebut. 

Langkah pertama dari Parti Solideriti Tanah Air Ku dilaporkan mendapat sokongan majoriti rakyat mukim Lapasan serta beberapa kawasan berhampiran. 

Sebaliknya sehingga berita ini ditulis jawatankuasa penganjur pendaftaran ahli bagi mukim Lapasan dan sekitar gagal dihubungi jumlah sebenar yang menyertai parti STAR Parlimen Sepanggar. 

Sementara itu Parti UPKO juga tidak kurang gerak gempurnya menerima salah seorang ahli politik dari LDP yang pernah menjadi calon bagi DUN Kerambunai PRN Sabah  2020 lalu.

Perbezaan corak gerak gempur kedua dua parti tersebut adalah langkah meraih sokongan dari bekas calon parti lain dengan turun padang mendapat pengakuan sah selaku ahli dikalangan rakyat yang setia menyokong berkenaan.

Parti STAR merupakan salah satu  Gabungan PN dan GRS serta menyokong kerajaan BN PN Sabah manakala UPKO adalah penyokong Pakatan Harapan dan Warisan Sabah.

Mampukah teraju kedua dua parti STAR dan UPKO menempah sokongan rakyat Parlimen Sepanggar dalam PRU ke 15 akan datang ianya terletak ditangan para pengundi dikawasan tersebut dalam masa pilihan raya tidak masuk golongan  dibawah 20 tahun dan belum mendaftar sebagai pemilih ujar pelbagai etnik masyarakat setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan