Jumaat, 30 April 2021


 RAMAI TIDAK HIRAU SOP 

Oleh. Norzaitie Kirwan

Sabah. Kompleks beli belah dalam negeri ini mempamerkan kebebasan tidak terkawal warga semua membawa kanak kanak kecil bersiar siar membeli belah tanpa penjarakan SOP malah ada juga yang dilapor menyimpan pelitup muka pada dagu masing masing.

Situasi seumpama dilaporkan orang ramai berlaku sejak beberapa bulan lepas walaupun kes virus covid 19 masih lagi tinggi dan merbahaya namun telah ramai yang lupa dan bagaikan cuci tangan melupakan penyakit tersebut.

Antara pendedahan wargakota yang dihantar kepada Media Terkini sebagai pendedahan umum betapa perlunya wargakota tahu penjarakan sosial disamping betapa perlunya petugas memeriksa setiap kompleks beli belah yang tidak terkawal SOP mereka setiap hari.

Dalam situasi virus covid masih mencari mangsa serangan orang ramai perlu berwaspada dalam sebarang perjumpaan, majlis keramaian, majlis keagamaan melibatkan orang ramai, majlis perkhawinan, mahupun apa juga perjumpaan melibatkan orang ramai berkumpul bersesak harus dihindari pada masa sekarang bagi mengawal bersama penularan virus covid 19 diseluruh dunia sejagat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan