Rabu, 21 April 2021


 Menjelang Mei 2021 pelbagai kejadian benar didalam negeri ini khususnya ada dikalangan manusia berpura pura tidak mengenali kerjaya seseorang walau berpakaian seragam didepan mata mereka.

Selain dari itu ada pula individu dengan sengaja bertanya kamu kerja mana tu sampai saya tidak tahu sedangkan golongan yang ditanya berpakaian seragam tertulis  dibaju nama tempat kerja yang ditanya berkenaan.

Ini lah banyak kepura puraan berlaku antara wanita mahupun lelaki berkhidmat dengan pihak pemerintah mahupun syarikat swasta yang berpendidikan namun tidak digunakan untuk membaca apa yang terlihat didepan mata. 

Bayangkan tingkahlaku masyarakat masa kini masih ada yang sengaja memandang serong pada seseorang didepan mata sedangkan setiap hari mampu melihat pakaian individu terlibat didepan mata mereka.

Sesungguhnya perkara ini perlu dijadikan iktibar terutama golongan berkerjaya agar peka dengan amalan melihat dan membaca yang dilihat anak mata mereka setiap hari. Editor






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan