Khamis, 29 April 2021


 UMNO SABAH PERLU KEAKAR UMBI 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Kepimpinan UMNO masa kini perlu bergerak sampai keperingkat akar umbi rakyat jelata jika mahu meraih sokongan undi pada pru ke 15 akan datang.

Kemelut didalam parti parti GRS, BN, PN termasuklah parti PAS dan SAPP dalam negeri Sabah dilaporkan bukan muda menghadapi pihak parti lawan jika tidak bersungguh mendampingi rakyat jelata khususnya bumiputera bukan Islam mahupun golongan masyarakat etnik kaum Cina dibandar perlu pendekatan berkekalan.

Berdasarkan kedudukan kerusi parlimen Sabah yang menjadi rebutan ialah sebanyak 25 kerusi dan dijangka menjadi perebutan sengit antara parti memerintah dengan parti pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Presiden UMNO Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi seringkali mengingatkan betapa perlunya bergerak keakar umbi mendampingi seluruh rakyat jelata namun rakyat dalam negeri ini dilaporkan masih berbelah sokongan dikawasan luar bandar dan sekitar kawasan pengundi kaum Cina ujar penduduk yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan