Ahad, 18 April 2021

 COVID 19 TIDAK PERNAH TIDOR 

Oleh. Huzera Ben

New York. Virus covid 19 tidak pernah tidor dari mengganas sesiapa juga yang lalai menjaga SOP serta sengaja mengabaikan pelitup muka walau seminit sahaja pasti menjadi serangan penyakit tersebut walau dinana juga berada.


Virus covid 19 hari ini meragut nyawa lebih 3 juta orang seluruh dunia manakala jangkitan telah melebihi 140.50 juta orang.

Amerika Syarikat merekodkan kematian lebih 579,942 orang manakala jangkitan virus covid 19 melebihi 32.30 juta orang.

Bagi negara India jumlah kematian serangan virus covid 19 melebihi 175,673 orang manakala jangkitan pula melebihi 14.52 juta orang.

Negara Brazil terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 369,024 orang sementara dalam kes jangkitan terus meningkat melebihi 13.83 juta orang.

Virus covid 19 terus membunuh melebihi 100,404 dinegara Perancis manakala jangkitan pula melebihi 5.22 juta orang.

Kerisauan warga Rusia juga ada asasnya berikutan virus covid 19 membunuh lebih 104,795 orang sementara jangkitan terus meningkat lebih 4.68 juta orang.

Dalam negara negara diseluruh dunia menempah vaksin membasmi virus covid 19 United Kingdom terus diserang covid 19 dengan catatan kematian sehingga hari ini melebihi 127,225 orang manakala jangkitan terus melebihi 4.38 juta orang.

Sebilangan aktivis masyarakat antara bangsa yang ditemui mengingatkan masyarakat agar lebih mengutamakan penjarakan diri 4 kaki diantara satu sama lain disamping memakai pelitup muka dengan lengkap menutup mulut dan hidung setiap kali keluar rumah sendiri serta sentiasa membawa pencuci tangan yang disahkan oleh setiap pemerintah negara negara dipelusuk dunia.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan