Rabu, 19 Ogos 2020

TERKINI POLITIK SABAH
Oleh. Bujie Tuekarang
DIRAMAL LIMA HINGGA TUJUH PENJURU?
Sabah. Sejak beberapa minggu lalu agent parti politik tempatan (Sabah) masing masing membantu mempromosi parti mereka yang dilapor mengintai kerusi yang bakal ditandingi pada 12 September 2020 tarikh penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sabah, kebanyakan parti tempatan Sabah dilaporkan bakal bersaing  disemua tujuh puluh tiga kerusi dun tanpa tunduk dengan mana mana parti sekalipun namun ada juga segelintir pemimpin politik membisu tanpa suara yang diharapkan oleh sebilangan rakyat jelata menunggu pergerakan pemimpin mereka turun padang.
Menurut sebilangan rakyat jelata Sabah tidak kurang pemimpin parti politik negeri ini digelar bermusim berikutan sebaik menjelang penamaan calon baru lah mereka mempamerkan muka yang amat membosankan rakyat, tidak kurang juga ahli parti politik yang enggan menyambut talian telipon semasa dihubungi rakyat berkali kali bagaikan mereka memegang jawatan dalam parti politik sepanjang hayat tanpa pengganti dikalangan generasi muda mudi dimasa akan datang.
Apapun politik Sabah dalam pilihan raya kali ini jika berlaku pemimpin dan parti baru bertanding yang bersih dan belum memiliki sejarah membelakangkan rakyat pasti ada orang lama yang angkuh dalam perjuangan mereka pasti diberi pengajaran golongan pengundi kelak berdasarkan keluhan rakyat yang ditemui.







Nota. Tidak dibenarkan menulis ulasan dalam akbar ini tanpa mendapat kebenaran dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan