Sabtu, 22 Ogos 2020

DUA DUN DIGEMPUR BEBAS ?
Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Calon Bebas orang yang bersih tampok parti politik bakal menggempur dua kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri pada penamaan calon yang dijadualkan 12 September 2020 atas dorongan majoriti penduduk yang berdaftar sebagai pengundi bagi kedua dua kerusi Dewan Undangan Negeri Tamparuli dan Inanam, antara kerusi yang bakal dicabar oleh calon Bebas merupakan Dun Tamparuli serta Dun Inanam yang menjadi tradisi milik Parti Bersatu Sabah dalam BN dan milik calon PKR bagi kumpulan Pakatan Harapan UPKO, WARISAN  sebagai menyuarakan seluruh suara rakyat yang membeku setiap tempoh lima tahun.
Hal ini disuarakan oleh bakal pencadang calon bebas yang akan bertanding dikedua dua kerusi Dun tersebut ketika menghubungi media terkini Sabah (kedua dua pencadang enggan disiar nama) hari ini, malah semua jentera persiapan telah disediakan sejak setahun lalu secara senyap menemui rakyat jelata dikedua dua Dun berkenaan walaupun dijangka bakal bertembung 7 hingga 8 penjuru namun rakyat sangat mengetahui siapa calon yang sentiasa bersama rakyat dalam apa juga keadaan dan bukan dari yang menjadi YB memburu jawatan dan projek semata mata tegas mereka.
Media Terkini dimaklumkan calon bebas terlibat merupakan anak jati Dun Tamparuli dan serupa juga anak jati Dun Inanam dipercayai kedua dua ahli perniagaan.









Nota. Tidak dibenarkan membuat tulisan ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran pihak penerbit. Editor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan