Rabu, 12 Ogos 2020

PARTI PEJUANG GEGAR POLITIK NEGARA?
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bakal menggegarkan politik negara sebaik mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berdasarkan kepada kewibawaan Mantan Perdana Menteri Malaysia dua kali Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai pengurusi parti tersebut manakala anak beliau Datuk Seri Mukriz Tun Mahathir sebagai Presiden Pejuang.
Pejuang antara lain bakal bertanding di Dun Slim dengan menggunakan sebagai calon Bebas bagi berhadapan calon BN dalam pilihan raya kecil menurut pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohammad dekat sini hari ini.
Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan sama ada Parti Pejuang melebarkan sayapnya ke Sarawak mahupun Sabah sebaik mendapat sijil kelulusan dari ROS atau sebaliknya.



Nota. Tidak dibenar membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan